Public Speaking & Presentation Skills Courses in Malaysia - ProSkills Trainers Home Public Speaking & Presentation Skills Courses in Malaysia - ProSkills Trainers Azmi Shahrin - Public Speaking Coach & Trainer Azmi Shahrin - Public Speaking Coach & Trainer Azmi Shahrin Azmi Shahrin Azmi Shahrin Azmi Shahrin Azmi Shahrin - Public Speaking Coach & Trainer Azmi Shahrin
Latest Schedule of Training Programmes
About Our Training Company
Our Training Programmes
Our Trainers
Reports of Training Programmes
Photos of Training Programmes
Comments by Training Programme Participants
Articles on Public Speaking and Presentation Skills
Public Speaking Links
Contact ProSkills Trainers


Kursus Kemahiran Berpidato Bebas Bersuara

Kursus intensif 2 hari ini menyentuh kemahiran asas berpidato.

Matlamat Kursus

Kursus ini bertujuan untuk membantu peserta mengatasi darah gemuruh serta mempelajari kaedah-kaedah berpidato yang asas. Peserta juga diberi nasihat dan panduan untuk terus meningkatkan dan memantapkan kemahiran sedia ada. Kursus ini amat sesuai sebagai langkah permulaan untuk sesiapa yang ingin berkomunikasi secara berkesan dan berhasrat menjadi pemidato yang cemerlang. Setelah mengikuti kursus ini, peserta mampu menyampaikan ucapan yang memberangsangkan dengan penuh keyakinan.

Pendekatan Kursus

Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kursus ini memperuntukkan 80% masa untuk kegiatan berseorangan atau berkumpulan bagi membolehkan para peserta mempelajari, membina dan menerapkan kemahiran berpidato. Buku kerja akan digunakan untuk memudah pemahaman. Buku kerja ini juga mengandungi latihan-latihan tambahan untuk digunakan oleh peserta setelah tamat kursus. Bilangan peserta dihadkan kepada 15 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi.

Sukatan Kursus

Modul 1
Pengenalan kepada Ilmu Pidato - perihal pentingnya kemahiran berpidato, imbasan pidato-pidato yang agung

Modul 2
Penilaian Diri - di mana saya berada sekarang dan ke mana saya ingin tuju?

Modul 3
Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan - projek ucapan pertama

Modul 4
Penyusunan Pidato - pembukaan, isi kandungan & penutup, logik & urutan

Modul 5
Bahasa Tubuh - gerakan tangan, gaya berdiri, mimik muka, tatapan mata

Modul 6
Kepelbagaian Suara - kederasan & kelantangan suara, kaedah berdiam seketika

Modul 7
Perbendaharaan Kata Pinjaman - mengurangkan penggunaan perkataan-perkataan yang dicedok daripada Bahasa Inggeris, sebutan yang betul untuk perkataan pinjaman yang boleh diterima

Modul 8
Langkah-langkah Selanjutnya - penilaian diri sekali lagi, perbandingan dengan keputusan terdahulu, apa yang perlu dilakukan sekarang untuk terus maju

Jadual Kursus

Masa Hari Pertama Hari Kedua
9.00-10.30 pagi

Pengenalan kepada Ilmu Pidato (M1)
Penilaian Diri (M2)

Kepelbagaian Suara (M6)
Latihan Berseorangan

10.30-10.45 pagi Minum pagi
10.45 pagi-12.30 ptg

Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan (M3)
Latihan Berseorangan

Perbendaharaan Kata Pinjaman (M7)
Latihan Berseorangan

12.30-1.30 ptg Makan tengahari
1.30-3.30 ptg

Penyusunan Pidato (M4)
Latihan Berseorangan

Kegiatan Berkumpulan - menerapkan semua kemahiran

3.30-3.45 ptg Minum petang
3.45-5.00 ptg Bahasa Tubuh (M5)
Latihan Berseorangan

Kegiatan Berkumpulan - menerapkan semua kemahiran
Langkah-langkah Selanjutnya (M8)

Kursus ini untuk siapa?

Kursus Kemahiran Berpidato ini boleh dikendalikan untuk orang dewasa, termasuk eksekutif dan pengurus, pelajar-pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, malah untuk mereka yang lebih muda (dengan penyesuaian). Kami berpegang bahawa setiap insan memerlukan kemahiran berpidato dan patut memperoleh kemahiran ini seawal mungkin.

Kami juga boleh mengubahsuai sukatan kursus ini untuk memenuhi keperluan khusus organisasi anda. Sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.